Tuesday, June 30, 2009

Kedai Makanan Omar Mee Kuah ini terletak di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Machang Bubok, Bukit Mertajam Seberang Perai Tengah.
Kedai ini memang sering di kunjungi ramai pelanggan terutama
sekali pada hujung minggu. Orang dari serata tempat sering
datang menjamu selera di sini.



Walaupun nampak biasa saja kedai ini pernah dikunjungi ramai
pemimpin-pemimpin politik seperti Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad,
Datuk Musa Haji Sheikh Fadzir, Datuk Afifudin Omar,
Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Hj. Mohamad Sabu,
Raja Komando (Pendokong Reformasi) malah ramai .

Jadi Jom kita pi ramai-ramai dan kena mee udang special, Mee Udang, Pasbor dan macam-macam lagi.



Inilah Dapur Kedai Mee yang menyediakan mee/bihun/kueh teow kuah atau sup mahupun goreng /pasbor untuk para pelanggan .


Besarnya periok kuah mee tuu…. Habis ke? Lazimnya mee di kedai ini akan habis pada jam 6.30 – 7.00 petang. Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu serta hari cuti umum biasanya akan habis lebih awal.

Jadi Jom Kita Pi Awal Supaya Tak Kempunan.





Sup daging juga ada di kedai ini.




Pembantu kedai sedang menyediakan mee untuk para pelanggan.




Bubuh banyak-banyak sikit daging sup tu biar pelanggan rasa puas hati dengan harga yang dibayar.


Mee Kuah dan Bihun Sup Biasa harga RM3.00 sepinggan dan Mee/Bihun Kueh Teow Goreng pula berharga RM3.50 sepinggan.




Hem… sedap nampaknya, udang ada… daging pun ada, tentu mahal harganya.
Tidak! Harganya amat berpatutan, Harga Mee Udang Special di sekitar RM10.00 – RM12.00.Mee Goreng Udang Special juga disediakan untuk pelanggan

Besarnya udang tu, agak-agak berapa sepingan?
Harga sepingan Mee Udang diantara RM8.00 – RM10.00 bergantung kepada
harga pasaran udang. Mee goring udang juga ada.



Tauke Ais Kachang ini adalah menantu tauke mee, dia menyediakan ais kachang kepada pelanggannya.



Inilah meja tempat penyediaan Ais Kachang Lee Chee kang dan Ais Kepal



Nampaknya ais kachang ini macam gunung diselumbungi salji. Sedap….
Harganya Cuma RM1.50 semangkok.




Lee Chee kang penghilang dahaga satu mangkok


berharga RM1.50